Latar belakang Homeopati

Istilah asalnya berpunca daripada dua perkataan, iaitu “homoios” - bermakna ‘serupa’ atau ‘seumpama’- dan “pathos” - bermaksud ‘penderitaan’, ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Secara mudahnya, homoeopati bermaksud cara atau kaedah “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa,” perkara ‘yang serupa’ ini difahamkan sebagai gejala atau simptom; sekiranya seseorang itu mengalami gejala tertentu seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan semboyan-semboyan loya dan muntah yang serupa.

Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang fundamental homoeopati ini telah bermula sejak zaman Hippokrates, seorang pakar perubatan Yunani Purba yang hidup pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Hippocrates pernah menulis: “By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured.”[3] Dalam erti kata lainnya, menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan. Teori konsep dan undang-undang dalam teknik perubatan ini telah diketahui antaranya oleh Paracelsus, iaitu seorang ahli perubatan German abad ke-16 Masihi; mamun Hahnemann merupakan orang pertama yang mengasaskan konsep ini menjadi suatu sistem perubatan yang kukuh dan melopori ia sebagai suatu pilihan alternatif kepada sistem perubatan aliran utama dan ortodoks.